Saturday, 4 June 2011

Apa itu Kaedah Saintifik?


Kaedah saintifikOneRiotYahooAmazonTwitterdel.icio.us

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kaedah saintifik atau kaedah sains merupakan kaedah-kaedah yang digunakan untuk menyiasat sesuatu
 fenomenon, menceburi ilmu baru, atau membetulkan dan menyepadukan ilmu terdahulu. Kaeadah ini berasaskan
 bukti yang boleh cerap, empirik dan boleh diukur berdasarkan prinsip penakulan. Kaedah saintifik meliputi
mengumpulan data melalui pencerapan dan pengujikajian, serta perumusan dan pengujian hipotesis.
Walaupun prosedur-prosedurnya berbeza untuk pelbagai bidang penyiasatan, terdapat beberapa ciri nyata
 yang membezakan kaedah saintifik daripada kaedah ilmu lain. Penyelidik sains mencadangkan hipotesis sebagai
 penjelasan fenomenon, lalu mereka kajian uji kaji untuk menguji hipotesis itu. Langkah-langkah dalam uji kaji
mestilah boleh diulangi supaya dapat mentaksir kebolehpercayaan hasil ujian pada masa depan. Teori yang
merangkumi bidang yang lebih luas boleh menggabungkan beberapa hipotesis dalam satu struktur koheren.
 Ini membantu dalam mengatur hipotesis baru, atau meletakkan hipotesis dalam konteks.
Ciri-ciri persamaan lain termasuklah pengakuan bahawa proses itu mestilah objektif bagi mengurangkan pentafsiran
cenderung. Penguji juga perlu mendokumenkan, mengarkibkan dan berkongsi segala data dan kaedah supaya ia
 boleh mekaji oleh ahli sains lain, supaya membolehkan penyelidik lain mengesahkan hasil uji kaji dengan melakukan
uji kaji semula. Kaedah ini, dipanggil pendedahan penuh, membolehkan kebolehpercayaan data ini diukur secara statistik.